Last year kami bertiga travel ke Seoul, Korea..
Dari Senai Airport ke KLIA2 dah malam dalam jam 10 lebih... Memang tak plan la nak lepak @ tidur mana sementara menunggu flight ke Incheon International Airport esok paginya jam 8:00 pagi tak silap saya..
Sesampainya di KLIA2 saya tengok ramai tidur berlonggok kat mana-mana kawasan yang lapang.. huhuhu... Kami tak ketinggalan jua.. Cari port baik untuk lelap seketika.. (Percutian bajet kan.. hihihi) Tapi dengan adanya anak kecil ianya bukan mudah lagi-lagi Ayra masih menyusu badan..
Saya tidur-tidur ayam je sebab risaukan Ayra & takut terlepas flight hehehe... Ditambah lagi aircond yang sejuk sangat..
Pulang dari Seoul juga sama.. Kami sampai di KLIA2 dah tengah malam.. Menunggu flight esok pagi balik ke JB... Suami ajak kami berehat di Capsule by Container Hotel di KLIA2.. Tapi ketika itu hanya "CapSpace" (bilik) sesuai untuk single person sahaja yang ada.. Tak sesuai untuk yang bawa baby..
Jadi saya & Ayra lelapkan diri dalam Baby Room.. TQ makcik cleaner KLA2 bagi kami berdua lelapkan diri sebentar di salah satu baby room di situ.. Manakala suami lelapkan diri di bangku yang kosong... OK nih trip dulu...
TAPI KALI INI sebelum ke Hong Kong kami persiapkan diri awal.. Google siap-siap pasal Capsule by Container Hotel nih... Rupa-rupanya sekarang mereka dah buat MixPlus iaitu "CapSpace" sesuai untuk pasangan & ada baby.. Apa lagi suami terus booked kat website mereka.. Harga menginap di sini berdasarkan jam.. Cukuplah kami layover 6 jam di sini sebelum flight 8:30pagi ke JB...
HARI KEJADIAN: Kami sampai dari HK ke KLIA2 jam 1:30pagi.. Excited nak merehatkan diri & melelapkan diri.. Capsule ini terletak di Aras 1. KLIA2 berhadapan surau... Kami check in & perlu deposit RM50 dan dapat 1 woven bag siap ada air mineral, towel & toilet kit setiap sorang.. Towel & key card perlu dipulangkan ketika check-out...
Apa yang saya boleh katakan kami sangat teruja sebab pengalaman layover yang berbeza kalini.. Badan yang penat berjalan di HK rasa sungguh segar bila dah rehatkan diri di sini... Sangat selesa... Katil yang empuk (Orthorest Bed).. Walaupun dapat lelap sekejap je tapi rasanya macam dah tidur lama... Ayra pon nyenyak dan tak sedar langsung dia tido kat dalam Capsule nih... Solat subuh di surau terletak betul-betul di hadapan Capsule... Bilik air asing lelaki & perempuan.. Ruang lepak & bacaan yang hipster...
So next time if you need a place to sleep in during a layover in KLIA2, try this one out!!
Alaaaa dah TAK RAHSIA dah hihih