Tuesday, 16 August 2011

Awesome Apps: Facely HD for Facebook

Hye guys..yup..mmg da lama tak update this blog...hihi super bzz..(konon...:p) btw, harini aku nak share apps untuk iphone.. So apps kali ini aku nak share pasal online thru iphone iaitu

Facely HD for Facebook
Apps ni lebey kurang sama je kalo korang dah install Facebook for iPhone yang logo dia macam kat bawah ni

Cume yang lainnye korang bley tag friends korang kat ruangan wall post yang mana Facebook for iPhone tak ley wat. Tapi ada yang kata Facely HD ni cepat makan battery..What say you???

Wednesday, 23 March 2011

Blog-blog hebat yang patut dilayari

Hai korang. Lama aku tak update blog aku. Tapi aku akan pastikan diri aku sentiasa di update dengan informasi terkini (hihi~). Untuk pengetahuan korang setiap hari aku mesti layan ohbulan.com, beautifulnara.com dan blogserius.blogspot.com. Tiga blog ni kira blog wajib aku tengok. Syiok abis. Aku tahu mereka ada peminat yang tersendiri. Even yang baca ni pon mesti pengikut blog derang kan? kan? hihi~ Bagi yang tak tahu Ohbulan dan Beautifunara lebih kepada info terkini mengenai dunia hiburan. Kiranya aku dah takyah nak beli majalah-majalah kat kedai. Opss!!..Manakala Blogserius mengenai gajet-gajet terkini, benda pelik-pelik yang korang tak terfikir pon. Kalo korang rajin pergi la usha blog-blog mereka...Blog mereka HEBAT!!

Enjoice~

Thursday, 10 March 2011

where is HEBAT??

Actually korang banyak sangat benda yang aku nak share. Tapi tak tau nape sangat susah untuk aku luahkan dengan perkataan (cet poyoss laaa). so guys.. Still need a time to find my HEBAT before sharing it wif u guys..huhu will be update it soon..c ya!!

take care :))

Monday, 21 February 2011

Deuter beg yang HEBAT!!

UPDATE 10 Mei 2017

Harini aku nak kongsi dengan korang info pasal beg Deuter. Kalau korang perasaan ramai orang jual beg deuter skang. Kat online belambak. Kat facebook lagi la. Tapi boleh tak korang pastikan beg yang dijual tu original atau tak? Ada yang murah ada yang mahal. Ada penjual yang menjual beg Deuter tiruan dengan harga yang sama dengan beg Deuter original. Kan ke aniaya orang je tu. Kalau murah pon, tiruan still cecah RM 100++. Bagi aku kalau dah cecah ratus untuk benda yang tiruan...MAHAL tuuuu... Maybe untuk mereka yang hanya mahu membeli beg untuk balik kampung mungkin Deuter tiruan tidak akan memberikan masalah pada anda (tapi mungkin akan masalah juga kott!!). Tapi untuk aku yang gunakan beg Deuter sebagai beg hiking, aku memang nak beg Deuter yang original dari Deuter sendiri. Bukan berlagak, tapi banyak pengalaman rakan-rakan aku yang membeli beg Deuter yang tiruan, tidak selesa dan jahitan mudah tertetas apabila membawa muatan didalam beg tersebut. Pinggang pon sakit. Apatah lagi bahu. Dan tahukah anda apabila anda membeli beg Deuter yang original anda akan mendapat wholelife warranty?? Maknanya kalo jahitan tertetas ke, zip tak jalan ke, buckle patah ke, korang boleh hantar semula ke syarikat Deuter dan akan diberi beg Deuter yang baru. WOOOhooo. Yela dah kuar duit banyak rosak lak mesti la company dia pentingkan satisfaction pelanggan dan kualiti beg yang derang produce. Ok balik pada beg Deuter. Beg Deuter mempunyai lilin pada permukaan kainnya. Ini adalah untuk mengelak air masuk ke dalamnya. (kalau rendam dalam air of course la basah juga!!). Syarikat-syarikat yang mengeluarkan beg untuk kegunaan outdoor seperti hiking, trekking dan lain-lain akan membuat kajian terhadap beg yang akan mereka keluarkan. Ini adalah supaya pelanggan mereka akan merasa selesa dalam menggunakan beg mereka. Tidak ketinggalan juga bagi syarikat Deuter. So pada mereka-mereka yang berhajat nak beli beg Deuter yang original secara online, kat sini aku akan kongsi bagaimana korang nak bandingkan beg Deuter yang original dan yang tiruan.


  1. Pertama korang gi kat website Deuter sendiri. Kalau beg yang korang berhajat tu ada kat katalog Deuter then korang boleh timbang-timbangkan (normally Deuter akan keluarkan limiter color untuk setiap design beg mereka. Biasanya setiap design tidak lebih dari 3 warna sahaja. Ni mungkin boleh membantu. http://www.deuter.com/en_DE/catalog.php
  2. Korang boleh tanya kat penjual beg yang kat online tu nombor batch beg tersebut yang mana ada dalam beg tersebut dan ada tulis Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH Germany
    Batch Number
    Terdapat dalam beg
  3. Kalo korang dapat nilai, warna beg yang original sangat menyerlah dan mudah bezakan dengan fake Deuter.
  4. Korang bley nilai sendiri kalo ditulis 50L(liter) tapi kecik je macam 20L(liter) so kat situ dah tau fake atau tak. 50L ni kalo korang ketinggian biasa ukuran lebih kurang dari pinggang ke atas kepala korang. Kalo korang tengak image beg yang korang berkenan tu then korang imagine la. tak pon tanya penjual tu sendiri. (Ni tuk jenama Deuter tau kalo jenama lain maybe besar dia kedepan bukan keatas. Hope korang paham. huhu)
  5. Dan yang terakhir tengok pada tag bag tersebut. Tag yang original berwarna biru laut dan ada description mengenai beg yang korang beli. Selain dari warna tu, baik korang hati-hati.

Dari katalog Deuter-Deuter Aircontact 55+10
Nampak tak 55+10 SL? Deuter hanya keluarkan SL yang bernombor genap sahaja seperti 40+10, 50+10. Boleh tengok di katalog Deuter. Perhatikan tag.
Dan ni tag original yang ade description mengenai beg Deuter

Kalau betul korang berminat nak beli beg deuter cari la kedai yang betul-betul authorised dealer deuter. Nanti korang boleh tanya sendiri kat staff store tu beg apa sesuai untuk korang dari segi ketinggian ke, berapa hari nye packing. Price pon sangat HEBAT compare dengan dealer Deuter.


Setakat ni aku ade 2 jenis beg Deuter. Haversack Aircontact 40+10L SL dan Daypack Futura 22L. Nanti aku kasi upload gambar beg Deuter kesayangan aku tu. Dua-dua aku beli kat kedai auntie. Yang Aircontact 40+10 SL harga yang auntie bagi RM450. Sebijik macam kat lelong http://www.lelong.com.my/deuter-aircontact-40-10-sl-SB8215-2007-01-Sale-I.htm jual ni. aku punya warna oren kuning.

Yang satu lagi Futura 22L. Warna biru. Kalau takat naik gunung sehari aku bawak beg ni. Harganya RM 250. Kalau kat tempat lain korang ley survey sendiri la berapa harganya. Bagi pandangan aku yang dah guna beg Deuter, beg ni memang terbaik. Memang la banyak lagi beg-beg hiking yang HEBAT ada di pasaran. Tapi beg Deuter ni mampu dimiliki oleh pelajar seperti aku dan beg ni selesa. Kalo korang minat panjat gunung, ni aku bagi antara jenama beg-beg hiking yang boleh korang cari selain Deuter:
  1. Lowe Alpine
  2. Karrimor
  3. Berghaus
  4. Osprey
  5. Arc'teryx
  6. MacPac
  7. Quechua
  8. Kathmandu
  9. Vaude
Kalau ada rezeki aku nak miliki salah satu beg di atas. Ada yang cecah riban tu. Tapi dari komen orang yang milikinye, beg-beg ni memang superb. Tunggu aku beli antara beg-beg kat atas ni nanti aku cerita lak pasal beg tu. Harap korang dapat info yang HEBAT dan pilih lah dengan bijak.

Enjoice~

Say hi to SOS HEBAT!!

Hye guys!! Ni post pertama dari aku. So aku nak introduce kat korang Blog Sos Hebat ni. Actually, aku cam sush gak la nak cari nama apa sesuai untuk blog aku. Then aku google cari word yang pelik. Banyak gak word yang aku jumpe. Mulanya aku nak namakan blog aku Snazzy blog. Tapi snazzy ni lebih kepada word yang biasa fashion designer guna (kalau tak salah aku la). So aku rasa macam tak sesuai lak aku namakan Snazzy. So aku jumpe perkataan ni AWESOMESAUCE. Aku cam tertarik dengan wording ni. Tanpa melengahkan masa aku terus nak namakan blog aku awesomesauce.blogspot. Tapi tibe-tibe aku pikir kan best kalo aku namakan blog aku in malay. So aku translate AWESOMESAUCE kepada bahasa melayu. Yang mana AWESOME=HEBAT dan SAUCE=SOS. Jadilah soshebat.blogspot. Untuk pengetahuan korang ade dua maksud AWESOMESAUCE. Ni dari apa yang aku googling.

Awesomesauce bermaksud:
  1. Sesuatu yang lebih hebat dari yang hebat. Modify dari basic hebat kepada versi yang lebih hebat.
  2. Sos (sauce) yang disediakan melalui perasaan hebat (awesome), mengagumkan (amazing) dan mempesona(breathtaking).
  3. Awesomesauce yang di makan bersama apa jua makanan akan membuatkan perasaan kita seperti bermain rollercoaster yang mempunyai emosi, cemas dan seronok.
  4. Have you seen 127 Hours movie? It is a a PLATE FULL OF AWESOMESAUCE!!
(harap korang paham..hihihi)

Aku rasa menarik dengan perkataan ni jugak coz kedengaran seperti AWESOME SOURCE. Sama kan bunyi nye.

AWESOMESAUCE = AWESOME SOURCE = SOS HEBAT

Maknanya, aku akan cube post sumber-sumber yang aku rasa hebat. hihi. So itulah asal usul nama blog aku dan aku harap semua akan rasa hebat n ceria-ceria selalu.

 Enjoice~