Monday, 21 February 2011

Deuter beg yang HEBAT!!

UPDATE 10 Mei 2017

Harini aku nak kongsi dengan korang info pasal beg Deuter. Kalau korang perasaan ramai orang jual beg deuter skang. Kat online belambak. Kat facebook lagi la. Tapi boleh tak korang pastikan beg yang dijual tu original atau tak? Ada yang murah ada yang mahal. Ada penjual yang menjual beg Deuter tiruan dengan harga yang sama dengan beg Deuter original. Kan ke aniaya orang je tu. Kalau murah pon, tiruan still cecah RM 100++. Bagi aku kalau dah cecah ratus untuk benda yang tiruan...MAHAL tuuuu... Maybe untuk mereka yang hanya mahu membeli beg untuk balik kampung mungkin Deuter tiruan tidak akan memberikan masalah pada anda (tapi mungkin akan masalah juga kott!!). Tapi untuk aku yang gunakan beg Deuter sebagai beg hiking, aku memang nak beg Deuter yang original dari Deuter sendiri. Bukan berlagak, tapi banyak pengalaman rakan-rakan aku yang membeli beg Deuter yang tiruan, tidak selesa dan jahitan mudah tertetas apabila membawa muatan didalam beg tersebut. Pinggang pon sakit. Apatah lagi bahu. Dan tahukah anda apabila anda membeli beg Deuter yang original anda akan mendapat wholelife warranty?? Maknanya kalo jahitan tertetas ke, zip tak jalan ke, buckle patah ke, korang boleh hantar semula ke syarikat Deuter dan akan diberi beg Deuter yang baru. WOOOhooo. Yela dah kuar duit banyak rosak lak mesti la company dia pentingkan satisfaction pelanggan dan kualiti beg yang derang produce. Ok balik pada beg Deuter. Beg Deuter mempunyai lilin pada permukaan kainnya. Ini adalah untuk mengelak air masuk ke dalamnya. (kalau rendam dalam air of course la basah juga!!). Syarikat-syarikat yang mengeluarkan beg untuk kegunaan outdoor seperti hiking, trekking dan lain-lain akan membuat kajian terhadap beg yang akan mereka keluarkan. Ini adalah supaya pelanggan mereka akan merasa selesa dalam menggunakan beg mereka. Tidak ketinggalan juga bagi syarikat Deuter. So pada mereka-mereka yang berhajat nak beli beg Deuter yang original secara online, kat sini aku akan kongsi bagaimana korang nak bandingkan beg Deuter yang original dan yang tiruan.


  1. Pertama korang gi kat website Deuter sendiri. Kalau beg yang korang berhajat tu ada kat katalog Deuter then korang boleh timbang-timbangkan (normally Deuter akan keluarkan limiter color untuk setiap design beg mereka. Biasanya setiap design tidak lebih dari 3 warna sahaja. Ni mungkin boleh membantu. http://www.deuter.com/en_DE/catalog.php
  2. Korang boleh tanya kat penjual beg yang kat online tu nombor batch beg tersebut yang mana ada dalam beg tersebut dan ada tulis Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH Germany
    Batch Number
    Terdapat dalam beg
  3. Kalo korang dapat nilai, warna beg yang original sangat menyerlah dan mudah bezakan dengan fake Deuter.
  4. Korang bley nilai sendiri kalo ditulis 50L(liter) tapi kecik je macam 20L(liter) so kat situ dah tau fake atau tak. 50L ni kalo korang ketinggian biasa ukuran lebih kurang dari pinggang ke atas kepala korang. Kalo korang tengak image beg yang korang berkenan tu then korang imagine la. tak pon tanya penjual tu sendiri. (Ni tuk jenama Deuter tau kalo jenama lain maybe besar dia kedepan bukan keatas. Hope korang paham. huhu)
  5. Dan yang terakhir tengok pada tag bag tersebut. Tag yang original berwarna biru laut dan ada description mengenai beg yang korang beli. Selain dari warna tu, baik korang hati-hati.

Dari katalog Deuter-Deuter Aircontact 55+10
Nampak tak 55+10 SL? Deuter hanya keluarkan SL yang bernombor genap sahaja seperti 40+10, 50+10. Boleh tengok di katalog Deuter. Perhatikan tag.
Dan ni tag original yang ade description mengenai beg Deuter

Kalau betul korang berminat nak beli beg deuter cari la kedai yang betul-betul authorised dealer deuter. Nanti korang boleh tanya sendiri kat staff store tu beg apa sesuai untuk korang dari segi ketinggian ke, berapa hari nye packing. Price pon sangat HEBAT compare dengan dealer Deuter.


Setakat ni aku ade 2 jenis beg Deuter. Haversack Aircontact 40+10L SL dan Daypack Futura 22L. Nanti aku kasi upload gambar beg Deuter kesayangan aku tu. Dua-dua aku beli kat kedai auntie. Yang Aircontact 40+10 SL harga yang auntie bagi RM450. Sebijik macam kat lelong http://www.lelong.com.my/deuter-aircontact-40-10-sl-SB8215-2007-01-Sale-I.htm jual ni. aku punya warna oren kuning.

Yang satu lagi Futura 22L. Warna biru. Kalau takat naik gunung sehari aku bawak beg ni. Harganya RM 250. Kalau kat tempat lain korang ley survey sendiri la berapa harganya. Bagi pandangan aku yang dah guna beg Deuter, beg ni memang terbaik. Memang la banyak lagi beg-beg hiking yang HEBAT ada di pasaran. Tapi beg Deuter ni mampu dimiliki oleh pelajar seperti aku dan beg ni selesa. Kalo korang minat panjat gunung, ni aku bagi antara jenama beg-beg hiking yang boleh korang cari selain Deuter:
  1. Lowe Alpine
  2. Karrimor
  3. Berghaus
  4. Osprey
  5. Arc'teryx
  6. MacPac
  7. Quechua
  8. Kathmandu
  9. Vaude
Kalau ada rezeki aku nak miliki salah satu beg di atas. Ada yang cecah riban tu. Tapi dari komen orang yang milikinye, beg-beg ni memang superb. Tunggu aku beli antara beg-beg kat atas ni nanti aku cerita lak pasal beg tu. Harap korang dapat info yang HEBAT dan pilih lah dengan bijak.

Enjoice~

17 comments:

  1. good information..im also deuter fan.. type of my bag is bike 1..

    ReplyDelete
  2. i'm a hiker, and thank you for the info! :)

    ReplyDelete
  3. Nak tyebyg kedai beg kt pertama ni die level brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. sy baru je beli bag kat auntie tpy yg sy confuse skrg ni ialah tentang buckle. byk blog ckp buckle deuter original mesti brand woo jin ape ntah tpy sy punye bkn plak.. hurmm blh x tlg hilangkan confuse sy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Saya rasa aunty tu dah xjujur la.. last saya gi kedai dia 2011 😞

      Delete
  6. Aku beli beg deuter dari kedai aunty..dia ckp kalau rosak ke patah ke putus ke..bg dia je..nnt dia settlekan.

    Skang buckle dah pecah..aritu tanya nak hntr situ..dia ckp bukan hntr kat dia plak

    Confuse aku.

    ReplyDelete
  7. Auntie boh sia ni.. celaka punya orang.. banyak dah dia tipu orang.. jgnlah terpedaya dgn cina celaka ni.. laki bini celaka.. repair beg saya .. sampai rosak.. pastu tknk ganti.. ni ckp bagus punya orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke?? Dah lama saya tak kesana last 2011.. zaman tu hikers xramai lagi.. agaknya dia tak jaga la tu reputasinya bila dah ramai org beli

      Terima kasih ya atas makluman

      Jap lagi saya edit

      Terima kasih atas makluman

      Delete
  8. Salam sejahtera semua
    UFL sports pengedar sah deuterbd malaysia
    Beli di UFL..comfirm original

    ReplyDelete
    Replies
    1. UFL tu kat mana? Mana tau boleh cuci mata 😁

      Delete
  9. Replies
    1. Oh yeke? Terima kasih atas maklumat..

      Saya dah lama tak ke sana last 2011.. skg mungkin dia dah tak jujur ya.. ermmm

      Terima kasih atas info ini jap lagi saya update

      Delete