UPDATE 10 Mei 2017
Harini aku nak kongsi dengan korang info pasal beg
Deuter. Kalau korang perasaan ramai orang jual beg deuter skang. Kat online belambak. Kat facebook lagi la. Tapi boleh tak korang pastikan beg yang dijual tu original atau tak? Ada yang murah ada yang mahal. Ada penjual yang menjual beg
Deuter tiruan dengan harga yang sama dengan beg
Deuter original. Kan ke aniaya orang je tu. Kalau murah pon, tiruan still cecah RM 100++. Bagi aku kalau dah cecah ratus untuk benda yang tiruan...MAHAL tuuuu... Maybe untuk mereka yang hanya mahu membeli beg untuk balik kampung mungkin
Deuter tiruan tidak akan memberikan masalah pada anda (tapi mungkin akan masalah juga kott!!). Tapi untuk aku yang gunakan beg
Deuter sebagai beg
hiking, aku memang nak beg
Deuter yang original dari
Deuter sendiri. Bukan berlagak, tapi banyak pengalaman rakan-rakan aku yang membeli beg
Deuter yang tiruan, tidak selesa dan jahitan mudah tertetas apabila membawa muatan didalam beg tersebut. Pinggang pon sakit. Apatah lagi bahu. Dan tahukah anda apabila anda membeli beg
Deuter yang
original anda akan mendapat
wholelife warranty?? Maknanya kalo jahitan tertetas ke, zip tak jalan ke,
buckle patah ke, korang boleh hantar semula ke syarikat
Deuter dan akan diberi beg
Deuter yang baru. WOOOhooo. Yela dah kuar duit banyak rosak lak mesti la
company dia pentingkan
satisfaction pelanggan dan kualiti beg yang derang
produce. Ok balik pada beg
Deuter. Beg
Deuter mempunyai lilin pada permukaan kainnya. Ini adalah untuk mengelak air masuk ke dalamnya. (kalau rendam dalam air of course la basah juga!!). Syarikat-syarikat yang mengeluarkan beg untuk kegunaan
outdoor seperti
hiking,
trekking dan lain-lain akan membuat kajian terhadap beg yang akan mereka keluarkan. Ini adalah supaya pelanggan mereka akan merasa selesa dalam menggunakan beg mereka. Tidak ketinggalan juga bagi syarikat
Deuter. So pada mereka-mereka yang berhajat nak beli beg
Deuter yang
original secara online, kat sini aku akan kongsi bagaimana korang nak bandingkan beg
Deuter yang
original dan yang tiruan.
- Pertama korang gi kat website Deuter sendiri. Kalau beg yang korang berhajat tu ada kat katalog Deuter then korang boleh timbang-timbangkan (normally Deuter akan keluarkan limiter color untuk setiap design beg mereka. Biasanya setiap design tidak lebih dari 3 warna sahaja. Ni mungkin boleh membantu. http://www.deuter.com/en_DE/catalog.php
- Korang boleh tanya kat penjual beg yang kat online tu nombor batch beg tersebut yang mana ada dalam beg tersebut dan ada tulis Manufactured in Vietnam under license for Deuter Sport GmbH Germany
|
Batch Number |
|
Terdapat dalam beg |
- Kalo korang dapat nilai, warna beg yang original sangat menyerlah dan mudah bezakan dengan fake Deuter.
- Korang bley nilai sendiri kalo ditulis 50L(liter) tapi kecik je macam 20L(liter) so kat situ dah tau fake atau tak. 50L ni kalo korang ketinggian biasa ukuran lebih kurang dari pinggang ke atas kepala korang. Kalo korang tengak image beg yang korang berkenan tu then korang imagine la. tak pon tanya penjual tu sendiri. (Ni tuk jenama Deuter tau kalo jenama lain maybe besar dia kedepan bukan keatas. Hope korang paham. huhu)
- Dan yang terakhir tengok pada tag bag tersebut. Tag yang original berwarna biru laut dan ada description mengenai beg yang korang beli. Selain dari warna tu, baik korang hati-hati.
|
Dari katalog Deuter-Deuter Aircontact 55+10 |
|
Nampak tak 55+10 SL? Deuter hanya keluarkan SL yang bernombor genap sahaja seperti 40+10, 50+10. Boleh tengok di katalog Deuter. Perhatikan tag. |
|
|
Dan ni tag original yang ade description mengenai beg Deuter |
Kalau betul korang berminat nak beli beg deuter cari la kedai yang betul-betul
authorised dealer deuter. Nanti korang boleh tanya sendiri kat
staff store tu beg apa sesuai untuk korang dari segi ketinggian ke, berapa hari nye
packing.
Price pon sangat
HEBAT compare dengan
dealer Deuter.
Setakat ni aku ade 2 jenis beg
Deuter.
Haversack Aircontact 40+10L SL dan
Daypack Futura 22L. Nanti aku kasi upload gambar beg
Deuter kesayangan aku tu. Dua-dua aku beli kat kedai auntie. Yang
Aircontact 40+10 SL harga yang auntie bagi RM450. Sebijik macam kat lelong
http://www.lelong.com.my/deuter-aircontact-40-10-sl-SB8215-2007-01-Sale-I.htm jual ni. aku punya warna oren kuning.
Yang satu lagi
Futura 22L. Warna biru. Kalau takat naik gunung sehari aku bawak beg ni. Harganya RM 250. Kalau kat tempat lain korang ley
survey sendiri la berapa harganya. Bagi pandangan aku yang dah guna beg
Deuter, beg ni memang terbaik. Memang la banyak lagi beg-beg
hiking yang
HEBAT ada di pasaran. Tapi beg
Deuter ni mampu dimiliki oleh pelajar seperti aku dan beg ni selesa. Kalo korang minat panjat gunung, ni aku bagi antara jenama beg-beg
hiking yang boleh korang cari selain
Deuter:
- Lowe Alpine
- Karrimor
- Berghaus
- Osprey
- Arc'teryx
- MacPac
- Quechua
- Kathmandu
- Vaude
Kalau ada rezeki aku nak miliki salah satu beg di atas. Ada yang cecah riban tu. Tapi dari komen orang yang milikinye, beg-beg ni memang
superb. Tunggu aku beli antara beg-beg kat atas ni nanti aku cerita lak pasal beg tu. Harap korang dapat info yang
HEBAT dan pilih lah dengan bijak.
Enjoice~